Mitosis pada tumbuhan Mitosis

  1. Dalam tumbuh-tumbuhan, pertumbuhan hanya berlaku pada bahagian-bahagian tertentu sahaja, iaitu di hujung pucuk dan akar, dan di kambium.
  2. Bahagian-bahagian ini mempunyai sel-sel meristesm yang giat membahagi secara mitosis.
  3. Sel-sel meristem yang terdapat di hujung akar dan hujung pucuk dikenali sebagai sel meristem apeks. Sel meristem apeks bertanggungjawab ke atas pertumbuhan tumbuhan.
  4. Sel-sel meristem yang terdapat di pinggir sisi batang dekanal sebagai meristem sisi atau kambium. Meristem sisi atau kambium penting untuk pertambahan saiz lilitan batang tumbuhan.